Saturday 7 February 2015

Jangan Putus Asa! (Don't Give Up!)






Oleh Soultari Amin Farid
noramin_dd@yahoo.com

Sesudah membaca tulisan oleh seorang pereka tari dari Eropah, tentang kehidupan dan keinginan beliau untuk melakukan sesuatu yang dapat mendorong perubahan kepada masyarakat seni, beliau mengongsi tentang reaksi-reaksi dari sesetengah masyarakat yang tidak bersetuju dengan inisiatifnya dan turut membencinya.

Saya, dengan tidak sengaja, teringat kepada beberapa individu-individu yang pernah, satu ketika dahulu, membuat saya berasa teramat kecil dan kurang kebolehan untuk membuat apa-apa.

Walaupun memori-memori itu amat mendukacitakan, saya bersyukur yang ianya terjadi kerana saya menganggap setiap halangan seperti satu cobaan yang akan turut mencabar saya untuk melakukan yang terbaik -- selagi saya percaya yang saya membuat sedemikian demi keikhlasan dan kebaikkan.

Jangan putus asa kerana setiap manusia yang diperkenalkan kepada kita dalam hidup kita ini, mereka membawa bersama mereka satu pengajaran untuk kita. Saya berharap supaya kebolehan untuk selalu bermuhasabah diri dapat diamalkan dan selalu mengingat dan diingatkan untuk bersyukur ke atas setiap pemberian yang dianugerahNya.

No comments:

Post a Comment